Tuesday, September 21, 2010

SIAPA KITA

Assalamualaikum pembuka bicara. sekadara mahu mencoret satu persoalan di hati siapa yang sudi membaca coretan tintaku ini. siapa kita? adakah aku melayu? adakah kau cina? adakah dia india? jawakah mereka? satu persoalan buat fikiran.

Adakah sama setiap manusia?

Bagi aku semua sama. tiada beza antara aku seorang melayu dan seorang cina atau hindu kerana kita manusia yang diciptakan sama asal kejadian. mungkin kulit dia lebih cerah, mungkin lebih gelap. tapi yang membezakan kita di depan tuhan adalah iman kita.

Kalau sama kita dan meraka kenapa lain kita dan mereka? kerana hikmah kejadian kita agar mengenali antara satu sama lain. apa yang hebat pada kaum kita? kalau nak berbangga dengan seorang dua tokoh pemimpin yang hebat, jangan lupa ramai pula yang menconteng arang pada muka kita. bukan orang lain, tapi kita sendiri yang memegang arang itu.

jangan kau berpegang pada maruah kaum kamu, peganglah pada maruah akidah kamu. kerana itu yang menentukan siapa kamu dan fitrah kamu.

kembang selasih bertapak emas,
kendi tembaga berisi cempaka,
dagang hamba berasal hampas,
dagang mencari pokok nusa.